Taklimat dan Pendaftaran eKelas Portal
20 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniSeramai 7 orang peserta telah menyertai taklimat dan pendaftaran eKelas portal yang telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lawang. eKelas adalah mengenai kebolehan teknologi pengajaran, pembelajaran jarak jauh yang membuatkan pelajar berasa seronok, memberangsangkan dan memberikan idea tambahan, dilakukan melalui kandungan digital yang sangat interaktif, selaras dengan sukatan pelajaran sekolah di Malaysia. Taklimat ini bertujuan untuk memperkenalkan ekelas portal. Selain itu, memberi tunjuk ajar dan cara mengendalikan ekelas portal. Menyampaikan maklumat berkaitan ekelas seperti insentif dan juga kebaikan kelangsungan program ini. Program perintis eKelas memberi tumpuan kepada tiga subjek kritikal iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1, 2 dan 3.
Staf PI yang terlibat dengan eKelas secara tidak langsung dapat meningkatkan KPI yang diminta oleh MCMC disamping dapat membantu golongan pelajar luar bandar untuk belajar secara interaktif dan inovatif melalui Portal eKelas yang disediakan. Selain itu, dapat memupuk semangat untuk Berjaya kepada adik-adik di luar sana.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: